Filled Under:

AWAS!! Para Gadis Remaja Terutamanya..Nak Pakai Contact Lens? Baca Dulu Kisah Gadis Ini


$%Anda sudah memakai atau berhajat hendak memakai contact lens? Rasanya anda perlu memikirkannya terlebih dahulu. Ini kerana padah memakai contact lens, seorang gadis hampir kehilangan nikmat penglihatan yang tuhan berikan.

Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak dari umur 17 tahun.


"Saya dah lama nak tulis post ni; jadi gadis-gadis yang pakai contact lens, dengar sini", tulisnya sebagai pemula cerita.

"Saya sudah mula memakai contact lens sejak umur 17 sebab masa tu rabun dah naik dan pakai spek tudung 'tak jadi'. Bila start pakai(contact lens) saya rasa seperti 'yass, saya dapat mata saya balik'. Ia sangat menyelesakan dan eyetastic (fantastik). Jadi saya jarang guna spek mata saya."

Menceritakan lebih lanjut, adlinahanim berkata pada satu hari dia pergi ke pantai dan mendapati penglihatannya kabur. Pada awalnya adlinahanim hanya menyangka contact lensnya sudah kering tetapi apabila dia membuang contact lens terbabit dan memakai semula spek mata, penglihatannya semakin kabur.

"Power naik ni", sangka adlinahanim.

Keesokan harinya, adlinahanim pergi ke kedai kaca mata dan dia diberitahu power matanya sudah naik dari 300 ke 450. Tetapi dia masih merasa tidak sedap hati kerana matanya terasa seperti dicucuk-cucuk.



Tidak berpuas hati, adlinahanim pergi ke klinik dan doktor di klinik berkata matanya terkena jangkitan bakteria. Menggunakan ubat titik yang diberikan oleh klinik terbabit, adlinahanim berkata rasanya seolah-olah matanya terbakar apabila ubat itu dititikkan ke matanya.

Keesokan harinya, adlinahanim dibawa ke KPJ Ipoh oleh bapanya untuk pemeriksaan mata. Setelah pemeriksaan selesai, doktor berkata kornea matanya terkoyak.

"Doktor cakap kornea mata saya terkoyak & syukur kerana kami pergi berjumpa doktor awal dan tak jadi ulser lagi. Kalau dah jadi ulser, saya mungkin buta.

"Saya merasa takut pada ketika itu. Saya beritahu doktor tersebut saya selalu, SELALU cuci contact lens, tukar setiap bulan dan selalu beli contact lens yang mahal", tulis adlinahanim.

Doktor tersebut kemudian menjawab : "Contact lens lambat laun akan membahayakan mata kamu, cuma tunggu masa sahaja".

Adlinahanim kemudian mengakhiri post tersebut dengan menasihati wanita-wanita diluar sana yang memakai contact lens dengan niat untuk kelihatan cantik supaya berhenti.

"Tak berbaloi kehilangan mata untuk tampil cantik kalau esok kamu tak boleh melihat kecantikan itu sendiri", tulisnya. - Siakapkeli.my