Filled Under:

Bongkar!! Ada Apa Dengan Gadis Pasir Mas Sehingga Keluar Dalam Berita "Pasir Mas 'Kilang' Jelitawan"?


$%SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Melalui perbualan orang tua-tua bukan semua gadis dari Pasir Mas cantik seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Penduduk dikawasan tepi sungai Kelantan di Pasir Mas meliputi kawasan Salor, Pengkalan Batu, Pengkalan Pasir dan beberapa kawasan di sekitar tebing sungai Kelantan yang mempunyai paras rupa yang cantik.

Ini kerana, penduduk dikawasan ini terkenal dengan perkahwinan campur khususnya dari Arab, Pakistan dan Siam. Pada asalnya, cerita gadis cantik dari Pasir Mas ini hanya tersebar mulut ke mulut di semua daerah Kelantan sahaja.

Namun, ekoran daripada penghijrahan rakyat Kelantan ke luar negeri, berita kecantikan gadis dari Pasir Mas semakin tersebar hingga mencetus polemik mitos di Malaysia. Apapun, secara peribadi gadis dari Pasir Mas memang mempunyai kelainan.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

sumber asal