Filled Under:
Luahan Sayu Dari Ziana Zain - "Biarkanlah Mereka Dengan Dunia Mereka"
Posted By:
hebat sungguh
on 10:50 PM
$%%Lebih 20 tahun dalam industri seni tanah air, Ziana Zain mempunyai satu pegangan yang bagi Abang Nara cukup berguna di zaman serba canggih ini. Dengan kewujudan laman sosial, pelbagai gosip liar, kritikan, cacian dan kutukan boleh disampaikan kepada selebriti-selebriti tanah air tanpa sebarang sekatan. Namun Ziana Zain buat tidak tahu sahaja tentang kata-kata negatif yang ditujukan kepadanya. Satu tindakan yang amat bijak.
Iyerlah ada segelintir pengguna laman sosial ini gilakan populariti dan ingin cepat glamer. Ada yang bergembira apabila kata-kata nista mereka dibalas oleh selebriti. Bagi mereka, yang penting dapat perhatian. Boleh bangga dengan kawan-kawan yang si selebriti jawab komennya. Macam-macam taktik di laman sosial ini. Memang boleh pening kepala kalau melayan. Lagi sedih bila individu yang sering berbuat begini adalah remaja dan mengenakan tudung. Ish,ish,ish. Kata Ziana Zain:-
Kenapa hendak sakitkan hati membaca perkara-perkara yang kita tahu tidak benar? Saya ada banyak lagi benda penting untuk difikirkan, setakat orang menulis tanpa usul periksa, biarkanlah mereka dengan dunia mereka.
Saya bukan tidak boleh menerima kritikan atau merasakan diri ini baik tetapi tidak salah jika teguran itu diucapkan dengan cara yang sedikit berhemah.
Kadang-kadang apabila saya melihat profil mereka yang mengata dan menulis perkara kurang manis, orangnya masih lagi remaja dan berhijab. Bagaimanapun, kata-katanya langsung tidak melambangkan keperibadian orang bertudung.
Ini adalah antara masalah generasi Y kerana terlalu banyak persoalan yang mereka hamburkan. Malah, kalau disuruh biarkan sahaja isu itu berlalu, dibalas mereka ada hak bersuara. Barangkali itu cara mereka, saya tidak boleh menyuruh orang mengikut pendekatan serupa dengan saya
Secara jujur memang langkah terbaik adalah buat tak tahu dengan mereka yang suka bagi komen negatif ini. Namun kadangkala terbakar juga jiwa apabila orang yang sama memberikan komen tak masuk akal setiap masa. Tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Lama-lama dimaki, siapa yang boleh tahan kan? Apa pun, ia bergantung kepada setiap individu. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mengendalikan ‘haters’ sebegini. Fikirlah mana yang terbaik untuk diri anda. Sumber Kosmo.