Filled Under:

Luahan Sedih Pengguna : 'Baru Guna Proton Iriz 8 Bulan, Pelbagai Masalah Timbul'

sekadar gambar hiasan semata-mata


$%Saya telah menggunakan Proton Iriz 1.6 Premium baru 8 bulan. Namun pelbagai masalah yang timbul dan alami ketika dan semasa memandu. Antaranya:

Lampu Handbrake menyala semasa memandu (Kadang-kadang)
Air pencuci cermin sebelah tak keluar (Kerap)
Bingkai getah cermin hadapan terkeluar
Sensor undur ke belakang tidak berbunyi
Sejak dan selepas menggunakan Irizi, lebih kurang 3 - 4 bulan ini, starter enjin untuk hidup kena buat 2 - 4 kali
Sistem radio juga bermasalah apabila saya pasang lagu atau siaran radio yang terputus-putus
2 - 3 bulan pertama, auto lock kereta jem dan hanya pintu pemandu saja yang boleh dibuka dengan menggunakan Holder Door Button.

Saya berharap pihak Proton peka dengan kualiti barang yang dipasang agar tidak berlaku perkara seperti ini. Selain itu, harap Proton dapat mengambil perhatian tentang masalah yang tersenarai di atas kerana saya yakin Proton akan memberikan yang terbaik untuk pelanggannya, setanding dengan harga dan tempoh. Kualiti itu lebih penting. - Zulkifli


sumber asal