Filled Under:
SAYU : 5 Beradik Seorang Telah Dijual Ke Melaka Seorang Lagi Mengemis..
Posted By:
hebat sungguh
on 11:32 PM
1. Latar belakang kes.
Kami mendapat maklumat untuk meminta pertolongan berkenaan 3 beradik yang tercicir dari sistem pendidikan negara. Si abang yang sulong sudah berumur 11 tahun. Kedua 10 tahun. Dan ketiga 8 tahun. Kami bergegas mencari dan lokasi mereka.
Siasatan kami, mereka semua hanya mengenali beberapa huruf sahaja. Kisahnya berpunca daripada ibu-ayah yang ketagihan pil kuda. Berkahwin di Thailand. Tidak bertanggungjawab mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka.
Kesemua mereka 5 beradik. Seorang telah dijual ke Melaka (kami sedang menjejaki). Seorang lagi masih bersama si ibu untuk dijadikan pelaris minta sedekah. Kisah 3 beradik ini bermula apabila saudara sebelah ibu membuat laporan JKM (menghantar 3 beradik ke JKM) selepas mendapati ibu dan ayah mereka mengabaikan mereka kerana kegiatan dadah, hasil sumbangan orang ramai, apabila kesnya keluar dalam akhbar.
Tindakan ini mendatangkan kemarahan ibu dan ayah kerana 3 beradik ini adalah sumber pendapatan mereka dan selain melakukan tugasan berkaitan dadah. Atas tanggungjawab, 3 beradik ini dituntut semula oleh ibu saudara sebelah ayahnya (kakak kepada ayah 3 beradik ini). Dan berjaya mendapatkan hak dari mahkamah. Ini membuatkan ibu-ayah sangat marah dan menuduh kakaknya ingin memakan hasil bantuan.
2. Fokus isu.
Isu yang kami ingin dedahkan, rayu dari Malaysia ialah sehingga sekarang, 3 beradik ini gagal memasuki sistem pendidikan negara kerana masalah dokumen. Ibu dan bapa saudara (penjaga baru bawah mahkamah) bukanlah orang berada. Jabatan Pendidikan Negeri meminta dokumen kelahiran.
Untuk proses ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negeri pula, meminta dari mereka perkara yang tidak mampu mereka laksanakan. Yakni sijil nikah, gambar berukuran pasport, tandatangan dari ibu dan ayah kandung. Sehinggakan penjaga 3 beradik ini pernah diletak parang di kepala oleh si ayah kandung kerana meminta dokumen ini.
Cara lain diteruskan dengan membuat laporan polis, AADK untuk menangkap ibu dan ayah ini. Apabila ditangkap, selain siasatan kes dadah dan rujukan pemulihan akhlak, ianya memudahkan untuk meminta dokumen yang diperlukan. Tetapi sepanjang 3 tahun, banyak kali membuat laporan, tetap tiada tindakan. Malah pegawai mendakwa tangkap pun tak guna. Lepas tangkap, bebas dan buat semula.
3. Plan kami demi pendidikan 3 beradik ini.
Kami merayu sistem Malaysia mengeluarkan dokumen kelahiran 3 beradik ini. Tetapi hakikatnya inilah Malaysia kita. Negara dunia ketiga.
Oleh itu, memandangkan 3 beradik masih belum boleh membaca, kami akan hantar ke mana-mana Tadika yang sudi terima sehingga habis tahun ini. Atau mana2 lepasan SPM, graduan yang sanggup mengajar mereka. Lokasi berhampiran Wakaf Che Yeh. Kami akan tanggung dengan bantuan anda kosnya. Pm saya jika sudi. Terima kasih.
Tahun depan adalah sasaran kami untuk 3 beradik ini memasuki sistem pendidikan negara. Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya. Selalunya, sistem di Malaysia bertindak bukan mengikut gaji yang dibayar. Tetapi mengikut populariti isu yang dibongkarkan.
Jika 3 beradik ini masih gagal memasuki sistem pendidikan negara tahun depan, dengan target boleh membaca hujung tahun ini, kami berhajat membawa mereka memasuki sistem tahfiz sehingga ke 15 tahun. Jadi ada lagi tahun-tahun untuk perjuangkan penderitaan mereka mendapatkan pendaftaran kelahiran. Jadi, pada 15 tahun, mereka boleh memasuki sistem latihan kemahiran negara seperti Giat Mara dan seumpamanya.
4. Rayuan kepada rakyat Malaysia.
Jadi kami rayu bantuan anda sama ada dalam bentuk nasihat, sumbangan, 'cable', tekanan, share, desakan dan sebagainya.
Untuk tabung pelan pendidikan 3 beradik ini, bolehlah salurkan ke :
Khairul Nizam Bin Abd Ghani
BSN 03001 41 00002517 2
Semoga Allah terima ibadah kita semua. Dan permudahkan penderitaan 3 beradik ini. Amin.
sumber asal